Saturday 25 June 2011

Qudwatun Hasanah


"Qudwatun Hasanah".. Nama terindah yg menjadi inspirasiku sepanjang hidup ini.. setiap kali ku menyebutnya, teringat akan Kekasih Allah yg telah lama meninggalkan kita semua iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. Rasulullah adalah "Qudwatun Hasanah", contoh terbaik bagi seluruh umat manusia.. Kadang-kadang, hati menjadi sebak, kelopak mata seakan-akan berat menanggung air yg bertakung, mengingatkan betapa indahnya akhlak Rasulullah s.a.w. betapa indahnya perjuangan Baginda bersama sahabat-sahabatnya.. Alangkah indahnya jika diberi peluang untuk ku menatap wajah insan mulia ini..

Aku juga ingin menjadi "Qudwatun Hasanah" yang mencontohi "Qudwatun Hasanah"..
Walaupun bukan yg terbaik, aku akan berusaha menjadi yg terbaik.. Aku ingin menjadi qudwatun hasanah kepada rakan-rakanku.. ku ingin menjadi qudwatun hasanah kepada adik-adikku.. Walaupun kadang-kadang diri ini tertanya,

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabahka jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Mampukah aku ya Allah? menjadi qudwatun hasanah sebagai seorang muslimah??


Sahabat-sahabatku selalu bertanya kenapa setiap kali aku menggunakan nama "Qudwatun Hasanah"? apa yang istimewanya dengan nama itu?? Aku hanya tersenyum sambil berkata dalam hati, "aku berharap, aku dapat menjadi qudwatun hasanah kepada kamu semua.. dan suatu hari nanti, aku dapat menatap insan yg menjadi "Qudwatun Hasanah" untuk sekalian makhluk ciptaanNya.. itu harapanku wahai sahabatku.. aku akan berusaha sekuat tenagaku, sebisa mampuku untuk mengikuti jejak "Qudwatun Hasanah"..

2 comments:

  1. Menjadi qudwatun hasanah memang sukar, sesukar menggapai bintang yang berkelip di langit.. Namun, antara insan yang bergelar sahabat, engkaulah sahabat ku yang paling ku kagumi dan antara sahabat yang ku sayangi meskipun persahabatan kita tidaklah seakrab persahabatan Rasulullah dan Abu Bakar As-Siddiq.. Engkaulah QUDWATUN HASANAH di mata ku, juga ingin sekali aku menjadi WARDATUL SAFFIYAH di mata mu.. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... aku pun masih mmperbaiki diri.. trlalu bnyk kekuarangan dlm diri ne.. sampai kdg2 rasa xlayak untuk mnjadi contoh wat kamu semua.. thanx shela.. aq brsyukur dpt kawan ngan ko..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...