Sunday 19 June 2011

Dunia kanak-kanak

Seperti yg lain, ana juga seorang kanak2 yg inginkan keseronokan.. banyak permainan, ramai kawan dan yg sewaktu dengannya.. Jika diimbas kembali kenangan zaman kanak2 dulu, senyuman terukir dibibir. Mengenangkan betapa nakalnya diri ini.. Membuli dan dibuli adalah perkara biasa buat insan yg brgelar kanak2.. Masih segar lg diingatan tentang seorang kawan yg menjadi mangsa buli ana. Masa tu, seorang budk lelaki lalu depan rumah sambil menunjukkan muka sombongnya.. nak bg tengok 'loly pop' yg dimakan la tu.. dengan muka yg selamba, tangan nie menjentik batang loly pop yg dimakannya sehingga terjatuh di atas tanah.. hehe, apalagi cabut la lari! kesian ana tgok muka orang tu.. masa tu, x berhenti ana ketawa. sapa suruh berlagak sangat. tapi, dalam hati nie ada juga perasan takut, mana tau dia nak balas dendam.. hehe. tapi, Alhamdulillah xda apa2 petanda yg dy nak balas dendam.. kalau difikir balik, jahatnya ana ne. suka sgt buli org..

Walaupun ana ne suka buat org nangis, ana pun sebenarnya org yg sangat 'cengeng'.. Teringat lg masa umi hantar masuk tahun 1. maklumlah, baru nak melangkah ke alam persekolahan.. masa tu, Ya Allah.. bergema satu skolah tu dgr tangisan ana. xbleh nak berpisah ngan umi. terpaksa umi hantar sampai ke tempat duduk dalam kelas.. kesian umi. bukan setakat tu je, lau ana xtgok kelibat umi kat luar kelas, mulalah lg menangis.. ish TERUKNYA perangai! padahal, lau difikir ana xperlu nangis. nak tau sebab pa?? sebab... skolah tu depan rumah je.. xsampai pun 100 meter dari rumah.. hehe. pelik2..

Tapi itulah ana.. suka, duka, tawa dan air mata sering mewarnai kehidupan seorang yg bergelar kanak-kanak masa tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...